Currency
 
Advertisement
 
Shopping Cart
0 items
 
Rakan Niaga


 

 
Bestsellers
 

Rahsia Air Jampi

Rahsia Air Jampi
Click to enlarge
Price: RM16.00
Availability: In Stock
Model: Buku
Average Rating: Not Rated


Share This

 Ianya ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya (Ustaz Hayat) yang tidak seberapa yang kebetulan terlibat secara langsung di dalam dunia perubatan Islam selama lebih dari 10 tahun. 

Ianya juga merupakan hadiah istimewa saya kepada penyokong rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah umumnya dan anak-anak murid KISWAH khasnya.

Saya permudah dan susun kembali pengajian di Madrasah KISWAH yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya lalu diterjemahkan dalam bentuk buku yang eksklusif ini bagi memudahkan sesiapa sahaja membuat rujukan.

Ianya bukan sebuah buku picisan dan sembarangan kerana ditulis berdasarkan hasil penyelidikan dari Al Quran, Hadis dan amalan orang-orang soleh (TEPAT, PRAKTIKAL dan MUJARAB)

Boleh dijadikan satu rujukan ringkas dan padat untuk semua golongan terutama ibu bapa yang ingin melembutkan hati anak yang keras. Yakinlah dengan izin ALLAH dipanjatkan melalui doa yang ikhlas serta menggunakan air sebagai salah satu medium, hati anak yang keras akan lembut dan minda anak yang tumpul akan tajam... 

Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Sebagai contohnya kita wajib mengambil wuduk untuk menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam. Jika begitu besar peranan air dalam kehidupan muslim dan molekulnya boleh berubah dengan bacaan ayat-ayat Al Quran, doa dan kata-kata yang baik, inikan pula manusia. 

Satu bentuk ilmu yang jarang didedahkan dan diperkatakan kepada umum. Rebutlah peluang ini. Satu khazanah ilmu yang tidak patut dipersia-siakan. Panduan bagi anda yang ingin mempelajari serta mendalami ilmu perubatan islam sejati dan hakiki warisan RASULULLAH...

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

Rahsia Air Jampi
Click to enlarge